Cost Saving
Homestay Tok Puan di Ipoh ini menawarkan lebih banyak kelebihan berbanding dengan anda menginap di hotel. Tambah lagi untuk percutian keluarga yang datang dari jauh dan ramai. Kalau menginap di hotel dengan 3 family pasti memerlukan sekurang kurang RM 750, jika satu malam penginapan RM 250. Bukan tak ada yang RM90 satu malam, tapi nak sembahyang pun mungkin terpaksa sembahyang diatas katil disebabkan ruang yang sempit.
Belum kira lagi lantai yang akan basah sebaik sahaja selesai mandi. Ditambah lagi dengan masalah lantai itu juga anda nak letak kasut, selipar, kawasan itu juga anda nak buka luggage, memang akan buatkan percutian atau penginapan anda sedikit tidak selesa.
Bayangkan dengan
- 3 family, up to 15 orang
- dengan 3 buah kereta pula yang boleh parking dalam pagar
- lengkap dengan 5 bilik tidur, 3 bilik air
Mesti akan lebih buatkan penginapan anda lebih selesa. Penjimatan kos adalah faktor utama untuk tinggal di homestay. Kalau anda bercuti hanya 2 orang, atau keluar kecil, mungkin tidak sesuai.
dapat duduk bersama
Bila kita bercuti bersama keluarga, mungkin ada mak ayah, dengan 4 adik beradik yang lain. Mungkin kita memerlukan 5 buah bilik di hotel. Penjimatan ketara sudah disitu, tambah lagi kalau kita berjalan jauh, mesti kita pun harapkan dapat duduk bersama.
Kelebihan ini hanya ada pada homestay. Anda boleh masuk bilik tidur masing masing dan mungkin boleh duduk bersama di ruang tamu rumah. Atau pun yang laki laki boleh lepak atau hisap rokok di luar. Susah sebenarnya nak dapat kelebihan begini di hotel, kecuali memang anda suka belanjakan suite saiz seperti rumah dengan harga penginapan pasti 2 atau 3 kali ganda berbanding dengan harga homestay biasa.
boleh masak sendiri
walaupun penjimatan ketara pada cost penginapan, penjimatan juga boleh dibuat pada kos bahan memasak. Walaupun bila dah sampai ke tempat orang, mesti kita pun nak juga merasa, apa yang best dan istimewa di Ipoh. Bukan selalukan dapat rasa masakan orang sini.
Tapi kalau anda memilih untuk cut cost dengan hanya masak sendiri pun kami ada sediakan dapor yang 100% berfungsi seperti rumah biasa. Lengkap dengan peti ais dan juga mesin basuh juga jika anda menginap lebih daripada 1 hari. Daripada nak mencari tempat untuk mendobi pula.
parking luas
Di Homestay kami, parking boleh memuatkan sekurang kurang 3 buah kereta, walaupun sebenarnya boleh muatkan 4 atau 5 buah kereta juga mahu. Cuma mungkin terpaksa parking di atas rumput. Parking kereta ini juga adalah di dalam pagar homestay kami, bermaksud di dalam compound homestay kami yang memang kami akan lengkapkan dengan cctv 24jam dalam waktu terdekat untuk menjamin keselamatan pengunjung yang datang.
Berbanding dengan di tempat lain, mungkin anda terpaksa bayar parking kereta, atau mungkin boleh mula parking jam 12 tgh malam, disebabkan belah petang anda datang untuk mula menginap tu kereta masih lagi penuh.
Tapi tidak dengan homestay kami, sebab semuanya exclusive untuk anda.
Tak perlu bersusah payah nak naik atas
walaupun bukanlah susah mana untuk pergi ke lobby, masuk lif, pergi ke tingkat 8, keluar lif, jalan ke bilik anda mungkin lagi 2 atau 3 minit, baru dapat jumpa katil tapi alangkah kalau lebih mudah anda parking sahaja kereta di dalam rumah dan boleh terus masuk berehat?
Ya, penginapan homestay memang lebih memudahkan, lebih cepat. Kalau anda nak mula check in pun tak perlu pula nak tunggu receptionist layan anda, kalau penginapan anda sudah bayar, esok hari tarikh mula penginapannya boleh terus masuk dan rehat.
konsep berkongsi rezeki
Sudah pasti, dengan penginapan homestay anda dapat menaikkan ekonomi lebih direct kepada penduduk setempatnya. Disamping niat anda berkongsi rezeki, kelebihan pun dapat juga lebih baik jika anda menginap secara beramai ramai
kurang risiko bising
Masalah utama pengusaha homestay ialah penghuni homestay kami ni yang mungkin akan menganggu penduduk jika terlalu bising, atau ruang parking yang melimpah ke tepian jalan. Tapi kedudukan homestay kami ini agak unik. Sebab terletak di bahagian yang paling tepi, corner lot unit. Dan juga jenis rumah semi detach. Bermaksud ada jarak dengan jiran jiran lain.
Dengan harapan, kalau ya pun mungkin berlaku bising sikit sebab dah ramai ramai ni, harapnya tak adalah terlampau jelas sangat sampai mengganggu ketenteraman jiran.
Walaupun begitu, kami selalu mengingatkan para tetamu homestay kami, dan juga homestay seluruh Malaysia sekalipun, untuk tidak membuatkan mungkin suasana tak selesa pada jiran jiran lain. Yang kebiasaannya sebabkan dua perkara tadi itulah, sama ada terlalu bising, atau parking kereta yang menganggu jalan.
Oh ya, bahu jalan di tepian homestay kami pun agak luas juga.