Selamat datang ke homestay kami, Homestay Tok Puan di Ipoh. Homestay ini terletak di tepi bandaraya Ipoh. Rumah jenis double storey semi d, corner lot unit. Ada 5 bilik tidur, 3 bilik air. Setiap bilik tidur dilengkapi dengan penyaman udara. Satu bilik katil jenis queen di tingkat bawah, manakala 4 lagi bilik di tingkat atas.
Kemudahan bilik – 5 bilik
Berikut adalah kemudahan yang disediakan untuk setiap bilik:
Bilik 1 | bilik di lantai bawah
katil queen(2) | selimut | sejadah
penyaman udara
almari baju
kipas syiling
kipas jenis berdiri
Blik 2 – bilik di lantai atas
katil queen(2) | selimut | sejadah
penyaman udara
almari baju
kipas syiling
Bilik 3 – bilik di lantai atas
2 katil single(2) | selimut | sejadah
penyaman udara
almari baju
kipas syiling
kipas jenis berdiri
Bilik 4 – bilik di lantai atas
2 katil single(2) | selimut | sejadah
penyaman udara
almari baju
kipas syiling
Master Bed – bilik lantai atas
katil queen(2) | selimut | sejadah
penyaman udara
almari baju
kipas syiling
toilet dalam bilik
Dapor
mesin basuh
peti ais
alatan memasak
coway
Kami juga ada menyediakan tilam extra jika mahu.
Kapasiti Tetamu – 15 orang
Total tilam dan tilam yang kami ada setakat ini sesuai untuk 10 tetamu. Tapi masih ada ruang lagi untuk tidur, dan kami ada sediakan tilam atau toto extra. Dan sebaiknya kapasiti maksimum ialah seramai 15 orang sahaja. Bermula daripada seawal 13 tahun dan keatas.
Parking Kereta – 3/4 buah
Homestay ini berkeluasan hampir 3500 sqft, dan ruangan porchnya sahaja boleh muatkan sekurang kurangnya 3 buah kereta.
Dapor – Ada alatan memasak
Lengkap dengan alasan memasak, meja makan, mesin basuh, iron dan lain lain. Seperti yang kelengkapan anda ada dirumah, kami usahakan untuk ada juga di homestay ni.
Kami baru sahaja mula operasi pada bulan Dec 2023, diharapnya jika ada kekurangan bolehlah kongsikan kepada kami untuk penambahbaikan nanti.
Bagi pengunjung non muslim, kalau ikutkan kami boleh sahaja tukar pinggan mangkuk dan terus tidak benarkan untuk makanan non halal dan minuman keras masuk. Tapi untuk mengelakkan kekeliruan dan masalah di kemudian hari, minta maaf, kami bercadang untuk hanya benarkan muslim berwarganegara Malaysia sahaja buat masa ini.
Tidak Bercampur Jantina
Jika memang ada pertalian saudara, InsyaAllah tiada masalah. Tapi jika datang dengan kawan kawan haruslah tidak bercampur jantina.
Untuk peraturan selebihnya anda boleh dapatkan maklumat di bahagian rules dan regulation.
Jum tempah penginapan anda sekarang dengan kami. Dan dapatkan 7 kelebihan jika menginap di homestay ini.